Connect with us

Oh! Media

Ibu Zara Qairina Dakwa Panik Tandatangan Tolak Bedah Siasat

Ohmedia ibu zara qairina

Oh! Tidak

Ibu Zara Qairina Dakwa Panik Tandatangan Tolak Bedah Siasat

Ibu arwah Zara Qairina dakwa panik tandatangan tolak bedah siasat tanpa penjelasan jelas.

Bila kehilangan orang tersayang, terutamanya anak sendiri, emosi memang bercampur-baur. Itu yang berlaku pada Noraidah Lamat, 45, ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir,13.

Dia mendakwa dalam keadaan terkejut dan panik ketika diminta membuat keputusan penting, sama ada setuju atau tidak untuk proses bedah siasat ke atas jenazah anaknya.

Katanya, ketika itu dia langsung tak dapat berfikir dengan waras. Tiada penerangan terperinci diberikan dan mereka sekeluarga pun tidak pernah melalui situasi seperti itu sebelum ini.

IKLAN

Tiada penjelasan yang jelas dan kami tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat.

Jika tahu, kami tidak akan menurunkan tandatangan untuk menolak bedah siasat itu.- Tulisnya di Facebook.

Siasatan dedah pegawai tidak ikut prosedur…

Zara Qairina

Peguamnya, Hamid Ismail, turut mengesahkan bahawa akaun Facebook dengan nama pengguna “Noie AiDa” memang milik Noraidah.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar mendedahkan bahawa pasukan Task Force yang memulakan siasatan pada 11 Ogos lalu menemui ketidakpatuhan prosedur.

Pegawai penyiasat didakwa tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina.

Kumar berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelia kerana tiada pengawasan sewajarnya dalam kes ini.

Tandatangan tolak bedah siasat direkodkan…

Zara Qairina

Namun begitu, Kumar juga memaklumkan bahawa pihaknya ada rekod dokumen yang menunjukkan ibu mangsa sendiri telah menandatangani persetujuan untuk tidak meneruskan bedah siasat.

Persetujuan itu direkodkan melalui dokumen rasmi bertajuk “Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri” yang turut ditandatangani doktor, pakar patologi, dan pegawai penyiasat di hospital.

Pssttt! Kehilangan insan tersayang memang menyakitkan, tapi dalam apa juga keadaan, korang kena cuba bertenang dan pastikan setiap keputusan dibuat dengan faham sepenuhnya apa yang sedang berlaku. Tanya sampai jelas sebelum tandatangan apa-apa dokumen, sebab bila dah terlambat, nak undur balik memang susah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas