Connect with us

Oh! Media

Budak Perempuan Usia 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 29, Bapa Keluar Beli Barang Sekejap

maut

Trending

Budak Perempuan Usia 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 29, Bapa Keluar Beli Barang Sekejap

Seorang bapa terkejut anak usia 4 tahun maut terjatuh dari tingat 29 kondominium. Kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ini mengejutkan orang ramai.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan laporan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, kanak-kanak perempuan yang maut itu ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Pintu rumah turut dikunci dan kanak-kanak itu mungkin tercari-cari bapanya.

Bapa mangsa dikatakan keluar membeli barang dan apabila pulang ke rumah, dia mendapati anaknya sudah tiada sebelum meminta bantuan pihak pengurusan untuk mencari anaknya.

Mangsa ditemui salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa.

Mangsa kemudian disahkan meninggal oleh pasukan ambulans dari Hospital Selayang. Hasil pemeriksaan pihak polis juga mendapati kejadian berpunca dari tingkap bilik yang terbuka dan ada satu kerusi di tepi tingkap yang tidak mempunyai grill itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas