Connect with us

Oh! Media

Ibu Mengandung Meninggal Dunia Selepas Rambut Sangkut Mesin, Kulit Kepala Tercabut!

meninggal dunia

Trending

Ibu Mengandung Meninggal Dunia Selepas Rambut Sangkut Mesin, Kulit Kepala Tercabut!

Kejadian di Minsk, New York, seorang wanita berusia 21 tahun yang sedang hamil telah meninggal dunia selepas rambutnya tersangkut pada sebuah mesin dan kulit kepalanya tercabut.

ADVERTISEMENT

BACA: Seluruh Dunia Bersedih, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia Oleh Raja Maghribi Mohammmed VI

Menerusi laporan Harian Metro, kemalangan ini berlaku ketika mangsa yang bernama Umida Nazarova hadir ke sebuah kilang di Belarus untuk sesi temu duga.

Rambut melilit leher dan tertarik dalam mesin

meninggal dunia
Umida Nazarova

Menurut ibu mangsa, Olga, Umida yang sedang hamil 7 bulan itu dikatakan telah meninjau ke kawasan kilang dan rambutnya tersangkut di salah satu mesin perindustrian.

Rambutnya melilit leher dan ‘tertarik’ ke dalam mesin itu.

Seandainya kulit kepalanya tidak dicabut, dia akan ‘tercekik’ kerana rambutnya sendiri.

Walaupun dilepaskan daripada mesin itu, Nazarova dilaporkan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Olga mengatakan pihak kilang seharusnya memberikan sesuatu untuk menutup kepala anaknya yang memiliki rambut yang panjang.

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Belarus, semasa kejadian berlaku, seorang pekerja telah menunjukkan cara peralatan di dalam kilang tersebut berfungsi. Katanya, individu tersebut telah berhenti untuk membuat rekod dalam daftar dan terkejut apabila menoleh kebelakang melihat keadaan mangsa.

Sebaik pekerja itu menoleh ke belakang, dia melihat mangsa sudah terbaring di atas lantai dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rambutnya berpintal di dalam mesin.

Pegawai di kilang tersebut telah dijatuhi hukuman kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab, tak jujur dan cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan untuk menerima pemergian mangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas