
Oh! Tidak
Ibu Dan Kawan Pengkid Sudah Ditahan Polis, Didakwa Dera Kanak-Kanak 7 Tahun
Oleh
Malam tadi kita dikejutkan dengan satu lagi kejadian dera selepas tersebar satu rakaman video menunjukkan beberapa jiran tetangga menyerbu rumah yang didapati mendera seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun.
BACA: Jiran Bongkar Budak 7 Tahun Kena Dera, Ibu Dan Kawan Pengkid Menangis Minta Dilepaskan

Terkini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Negeri Johor sudah mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan sesuai untuk memberi perlindungan sementara kepada mangsa.
Saya difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah dua beradik dan kedua ibu bapanya sudah bercerai.
Mangsa baharu setahun tinggal bersama ibunya selepas berpindah daripada datuk dan neneknya, manakala kakaknya yang berusia sembilan tahun kini berada di Pokok Sena, Kedah.

Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai untuk penilaian bagi tujuan perlindungan sementara atau tetap selepas kanak-kanak itu ‘discaj’ dari hospital. – Kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail.
Pihak polis juga sudah menahan reman ibu kandung dan rakan kepada wanita itu untuk siasatan.
Kredit: Harian Metro
