Connect with us

Oh! Media

Ibu Alami Detik Cemas Gam 3 Saat Terkena Muka Anak, Cederakan Mata

gam 3 saat

Trending

Ibu Alami Detik Cemas Gam 3 Saat Terkena Muka Anak, Cederakan Mata

Malang tidak berbau apabila seorang ibu menghadapi detik cemas setelah anaknya yang berusia dua tahun telah tertumpah gam 3 saat di seluruh wajahnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Letak Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Ini Dedah Risikonya

Tragedi tersebut dikongsi oleh Pegawai Perubatan Oftalmologi, Dr Syaz menerusi sebuah hantaran panjang lebar di laman Facebook miliknya.

Tertumpah gam 3 saat kena muka anak

Cerita Dr Syaz, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke jabatan kecemasan oleh ibunya dan terus dihantar ke wad mata untuk pemeriksaan lanjut.

Ujarnya, ini kali pertama mereka menghadapi kes seperti itu dan menurut ibunya, gam 3 saat telah tertumpah dengan tidak sengaja ketika dia sedang mengemas rumah.

Berikutan sifatnya yang cepat melekat, ianya menjadi sukar untuk dicuci dan ditanggalkan sebelum mengeras di wajah dan kawasan sensitif di bahagian mata.

Ketika pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lai. Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah.

Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata, kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak.

Kongsi Dr Syaz, antara tip menghilangkan kesan gam tersebut ialah basuh dengan air suam dan sabun atau gunakan gel petroleum (seperti vaseline).

Namun jika melibatkan kawasan mata, doktor akan menggunakan bahan khas yang dibuat untuk mata supaya tidak pedih dan sakit.

Namun begitu, untuk kes kanak-kanak tersebut, usaha itu tidak berkesan dan si kecil itu terpaksa menjalani pembedahan secara bius penuh pada hari berikutnya.

Dalam pada itu, Dr Syaz sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika menggunakan gam tersebut khususnya apabila terdapat kanak-kanak di sekeliling anda.

Perkongsian penuh:

Kredit: Dr. Syaz via Syed Abu Zulfadhli Al-Qadrey

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas