Connect with us

Oh! Media

“Ia Cuma Salah Paham” – Polis Perjelas Isu Warga Asing Bergelang Pink Merayau

Trending

“Ia Cuma Salah Paham” – Polis Perjelas Isu Warga Asing Bergelang Pink Merayau

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki merakam dua individu warga asing yang kelihatan memakai gelang pink, merayap di sebuah taman perumahan di Taman Chembong Utama. Perkara itu membuatkan si perakam marah lalu menyuruh mereka untuk pulang kembali ke rumah.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, rakaman video yang tular berkenaan berlaku di Taman Chembong Utama pada 14 Julai lalu adalah salah paham semata-mata dan bukanlah seperti yang dijangka oleh netizen.

Hasil siasatan mendapati warga asing berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah bas yang disediakan oleh pihak majikan mereka untuk ujian calitan kedua di Klinik Kesihatan Rembau.

Dua warga asing bergelang pink merayau
Tangkap layar berkenaan video tular memaparkan dua orang warganegara asing yang bergelang pink merayau di sebuah taman perumahan (Sumber: Facebook)

Menurut Hazri, perkara itu menjadi salah faham apabila perakam menyangkakan dua warganegara Bangladesh itu merayap di kawasan taman, sebaliknya mereka sedang menghala ke sebuah bas yang berada di simpang jalan.

Berhubung dengan kejadian itu, majikan kepada dua lelaki warga asing sudah pun dikenakan amaran tegas oleh pihak polis.

Polis telah bertemu dengan pihak yang terlibat dan majikan kepada dua lelaki warganegara Bangladesh itu. Kami telah memberi amaran kepada majikan supaya memastikan perkara berkenaan tidak berulang lagi.

Pekerja yang harus menjalani ujian calitan sepatutnya perlu dikawal atau ditemani oleh pihak majikan dan bukannya dibiarkan begitu sahaja sehingga menimbulkan salah faham.

Beliau turut menambah, polis sedang melakukan perbincangan dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), majikan dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Chembong Utama bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang lagi.

Hazri berkata, ujian calitan bagi kedua warga asing berkenaan adalah positif dan mereka kini telah memakai gelang berwarna biru.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas