Connect with us

Oh! Media

‘I Okay, I Okay Sangat’ – Persoalannya, Dimanakah Sajat Berada Sekarang?

Oh! Tidak

‘I Okay, I Okay Sangat’ – Persoalannya, Dimanakah Sajat Berada Sekarang?

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman tampil dalam video terbaru yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Bukan ke Sajat sekarang ni sedang diburu JAIS? Persoalannya, dimanakah Sajad sekarang?

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, dalam video tersebut Sajat mengatakan yang dia dalam keadaan baik. Berulang-ulang kali sebut ‘I okey, I okey sangat’ apabila ditanya pengikutnya. Selepas itu, sempat lagi Sajat promote produk ye.

Sebelum ini, Sajat telah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tak hadir sebutan kes. Semasa waran keluar, Sajat dipercayai larikan diri dan bersembunyi di tempat lain.

Menerusi video kontroversi Sajat yang tular sebelum ini, dia seolah-olah berniat untuk menukar agama. 

Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

Apapun semoga kes ini diselesaikan dengan segera. Menurut sumber juga, penguat kuasa masih lagi menjejaki Sajat ketika ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top