Connect with us

Oh! Media

“Humairah, Umar, Okay Tak Yang Ini?” – Shuhada Kongsi Gambar Jejaka Kacak Dengan Kapsyen Mengundang

Shuhada hafidz roshdi ohmedia

Oh! Tidak

“Humairah, Umar, Okay Tak Yang Ini?” – Shuhada Kongsi Gambar Jejaka Kacak Dengan Kapsyen Mengundang

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon kontroversi Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mencuri perhatian warga maya di Instagram apabila dia dilihat memuat naik foto dirinya bersama seorang jejaka kacak.

Difahamkan, lelaki itu merupakan teman sekerja untuk sebuah produk bagi sesi penggambaran.

7b6520b1 4c3d 4029 a96c 8d5bcf5f1e58
Instagram Shuhada

IKLAN

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kapsyen berseloroh yang ditulis Shuhada telah mengundang kritikan dalam kalangan netizen.

Humairah, Umar, Okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet? heheh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan Shuhada selain memuji kecantikan wanita itu yang kelihatan sama cantik sama padan dengan jejaka berkenaan.

Namun begitu, ada juga yang berasa terpanggil untuk menasihati Shuhada agar tidak menulis perkara yang boleh mengundang fitnah memandangkan status dirinya yang masih dalam iddah.

Rasa kena elak kot post gambar macam ni, jaga masih dalam edah. Walaupun kerja tapi mendatangkan fitnah, tak elok.

Kena jauhi fitnah. Walaupun aurat tertutup tapi bila bergambar berdua tu tak manis dipandang.

Terdahulu, tular mengenai konflik rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Shuhada apabila wanita itu mendedahkan suaminya telah berlaku curang bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Hafidz juga dilaporkan telah menumbuk muka isterinya berkali-kali sebelum dihadapkan ke mahkamah dan telah diarahkan untuk ke hospital bahagia bagi tujuan rawatan psikiatri.

Kredit: Instagram Shuhada

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas