Connect with us

Oh! Media

Peraturan Untuk Vape Di Malaysia?

Vape

Trending

Peraturan Untuk Vape Di Malaysia?

Merokok adalah satu tabiat yang akan memberi kesan-kesan buruk kepada kesihatan! Akibat sedar akan bahayanya rokok, ramai yang dah beralih ke vape sebagai salah satu usaha untuk berhenti merokok.

ADVERTISEMENT

Pengguna vape di Malaysia sudah lebih dari 1 juta orang dan ianya sekaligus buatkan industri pembuatan cecair vape tempatan antara yang terbesar di dunia dengan anggaran bernilai RM2.2billion. Macam tak percaya kan?

Persatuan industri mohon peraturan diadakan?

Vape

Perkara ini buatkan persatuan industri vape tempatan memohon supaya kerajaan mengawal selia industri vape dengan memperkenalkan peraturan, terutamanya berkenaan penggunaan nikotin dalam sesuatu cecair vape. Dah kenapa?

Bukan itu sahaja, mereka juga memberikan pelbagai pendapat sekiranya kerajaan mewujudkan peraturan dalam industri ini untuk terus berkembang dengan sihat seperti negara-negara lain yang telahpun dikawal selia.

Tak cukup dari itu, ia juga dapat menarik pelaburan domestik dan asing oleh kerana industri vape di Malaysia mempunyai ekosistem yang besar daripada pengeluar, pengimport, pengedar, peruncit sehinggalah ke pengguna. Bernas juga pendapat mereka ni!

Peraturan juga dapat memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk yang mereka gunakan itu mematuhi piawaian dan selamat untuk digunakan. Malah, kita juga dapat membendung penyalahgunaan produk ini kepada individu bawah umur. Kan bagus tu!

Bukan setakat ekonomi sahaja, malah boleh jana hasil untuk kerajaan

COF Malaysia

COF, satu syarikat vape tempatan, meminta kerajaan untuk memastikan industri ini terus berkembang dengan mewujudkan peraturan yang efektif.

“Industri pembuatan cecair vape ini mampu menyumbang kepada hasil negara. Malaysia telah terbukti sebagai pengeluar cecair vape terbesar dunia dan kerajaan harus memanfaatkannya.” – Pengarah COF Industry Sdn Bhd (COF)

Jelas COF lagi, peluang pekerjaan juga akan bertambah dalam industri ini. Ianya juga dapat memberikan sumbangan positif kepada ekonomi negara yang kini terjejas akibat pandemik. Haa, kerajaan juga yang untung nanti.

Vape kurang mudarat berbanding rokok

Vape lebih baik dari rokok

Bukan setakat memberikan manfaat kepada kerajaan, penggunaan vape juga adalah salah satu alternatif yang kurang mudarat berbanding merokok tau. Risiko kesihatan memang ada tapi jauh kurang mudarat berbanding rokok. Kajian antarabangsa telahpun membuktikan perkara ini.

Menurut kajian dari Public Health England yang merupakan satu agensi kesihatan di negara UK, penggunaan vape adalah 95% kurang mudarat berbanding merokok. Ianya disebabkan komponen yang bahaya iaitu asap yang dihasilkan apabila sebatang rokok dibakar yang mengandungi ribuan bahan kimia, manakala penggunaan vape pula tidak menghasilkan asap. Kajian ini turut disokong oleh pelbagai pakar perubatan yang terkemuka di seluruh dunia.

Selain daripada itu, vape juga secara tak langsung dapat membantu golongan yang nak berhenti merokok sekaligus dapat mengurangkan kadar perokok di negara kita.

Menurut seorang Profesor dari Kanada, David Sweanor, negara-negara lain telah maju ke hadapan dalam menurunkan kadar merokok dan menggantikannya ke produk lain yang bebas asap dan kurang mudarat seperti di Sweden, Norway, Iceland, Japan and Korea.

”Penurunan dramatik ini bukan satu kebetulan. Kita telah melihat banyak negara yang membenarkan produk vape dan produk lain yang bebas asap untuk membolehkan negara-negara ini berjaya ‘menjauhi’ rokok dalam tempoh yang singkat.”

Korang boleh bayangkan tak kalau penggunaan vape semakin meningkat dan kadar perokok semakin menurun. Negara kita boleh bebas dari rokok dan kita tak dicemari dengan bau asap rokok dah lepas ni?

Banyak perkara baik yang boleh diperoleh sekiranya kerajaan mengawal selia industri vape tempatan. Semoga industri vape dapat diperkembangkan lagi ke persada dunia sekaligus dapat mengurangkan kadar perokok di Malaysia.

Kredit: Sinar Harian | Utusan | Prebiu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas