Connect with us

Oh! Media

Hantar Emoji Hati Merah Dalam Whatsapp Boleh Dipenjara?

emoji hati

Oh! Tidak

Hantar Emoji Hati Merah Dalam Whatsapp Boleh Dipenjara?

Polisi baru di Arab Saudi, sesiapa yang menghantar emoji hati yang berwarna merah dalam aplikasi whatsapp boleh dikenakan hukuman penjara.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Dipenjara 8 Tahun Tinggal Anak Seminggu Pergi Bercuti Dengan BF

Menerusi laporan Kosmo, seorang pakar jenayah siber di Saudi telah menyatakan bahawa hantar emoji hati berwarna merah di Whatsapp boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual di Arab Saudi.

Penjara dua tahun, denda Rm100k

emoji hati

Undang-undang yang dikeluarkan Saudi adalah, jika pengirim emoji tersebut disahkan bersalah, dia boleh dipenjara dua hingga lima tahun dan didenda AS$26,649 iaitu RM111,512.

Al Moataz Kutb, Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi mengatakan, mana-mana pihak yang terancam dengan penggunaan emoji di laman sosial boleh membuat tuntutan dan perbuatan itu boleh diklasifikasikan sebagai jenayah gangguan seksual.

Pengguna perlu berhati-hati dalam menghantar sebarang emoji untuk mengelak didakwa dengan jenayah tersbeut.

Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana individu lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan teknologi moden.

Penggunaan emoji hati dan bunga mawar berwarna merah dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat.

Jadi sesiapa penduduk di Arab Saudi, berhati-hatilah dalam memilih emoji untuk dihantar kepada seseorang. Tanpa persetujuan pihak sebelah, korang mungkin akan dikenakan tindakan dan didakwa dengan jenayah gangguan seksual.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas