Connect with us

Oh! Media

Hadiah Kurniaan Istana Ditayang Dalam Media Sosial, Pemilik Akaun Tiktok Ini Bakal Disiasat

Trending

Hadiah Kurniaan Istana Ditayang Dalam Media Sosial, Pemilik Akaun Tiktok Ini Bakal Disiasat

Menerusi sebuah hantaran Facebook rasmi The Royal Johor, Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah telah bertitah mengenai satu akaun TikTok bernama @shafeqyahya yang  telah menyalahguna kurniaan daripada Istana Johor.

ADVERTISEMENT

BACA : Demi Keadilan Buat Bella, Rina Harun Bakal Menghadap TMJ Esok

Baginda bertitah dan memaklumkan tidak mengenali pemilik akaun TikTok berkenaan.

Dalam video tersebut, individu itu telah ‘menayang’ beberapa gambar hadiah kurniaan Istana Bukit Serene menerusi aplikasi media sosial popular itu.

Saya tidak mengenali siapa ‘Shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan rapat dengan Keluarga DiRaja Johor.

Titah baginda lagi, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna atau menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas