Connect with us

Oh! Media

Guru SMK Didakwa Meninggalkan Kesan Kemerahan Pada Leher Pelajar Tingkatan Lima

Oh! Tidak

Guru SMK Didakwa Meninggalkan Kesan Kemerahan Pada Leher Pelajar Tingkatan Lima

Susulan isu tular di platform X menunjukkan seorang guru SMK menjalinkan hubungan istimewa dengan pelajar tingkatan 5, pihak polis telah menjalankan siasatan kepada semua pihak yang terlibat.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru SMK Ada Suami & 5 Anak Kantoi Jalin Hubungan Dengan Pelajar Berusia 17 Tahun

Terbaru Ketua Polis Sepang mengeluarkan kenyataan mengenai satu laporan yang diterima oleh IPD Sepang pada 12/12/2023 jam 10 malam dari seorang wanita berusia 46 tahun yang mendakwa terdapat kesan kemerahan pada bahagian leher anak lelakinya yang berusia 16 tahun.

Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama cikgu matematiknya di perpustakaan.

Mangsa mendakwa telah dipeluk dan dicium oleh cikgu matematik hingga meninggalkan kesan kemerahan pada leher mangsa.

Suspek dalam kejadian ini merupakan seorang guru perempuan berusia 37 tahun. Polis juga telah mengesahkan hantaran di media sosial berkenaan salah laku seksual oleh seorang guru wanita ke atas pelajar lelaki adalah benar.

Kes disiasat dibawah seksyen 14 akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Kredit: Polis Daerah Sepang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas