Connect with us

Oh! Media

Guru KAFA Tergamak Hempas Murid Sehingga Patah Kaki

dos penggalak

Trending

Guru KAFA Tergamak Hempas Murid Sehingga Patah Kaki

Seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) didakwa menghempas seorang murid lelaki sehingga patah kaki. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : “Ingat Benda Ni Kelakar Ke?” – Guru Ditegur Guna Budak-Budak Ikut Trend Video Tiktok

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di sebuah sekolah di Marang, Terengganu pada 6 Julai lepas ketika mangsa yang baru saja berusia 9 tahun berada di sekolah berkenaan.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit kaki kepada ibunya yang ketika itu ingin mengambilnya dari sekolah dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris.

Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.

Guru tersebut dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan mangsa dalam kelas.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut.

Walaubagaimanapun, siasatan masih lagi dijalankan sehingga kini. Korang rasa betul ke atau pelajar tu yang reka cerita?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas