Connect with us

Oh! Media

“Ingat Benda Ni Kelakar Ke?” – Guru Ditegur Guna Budak-Budak Ikut Trend Video Tiktok

Trending

“Ingat Benda Ni Kelakar Ke?” – Guru Ditegur Guna Budak-Budak Ikut Trend Video Tiktok

Baru-baru ini, trending di TikTok tarian Marry Me memaparkan pasangan menghulurkan jari manis mereka sebelum menari selepas dipakaikan cincin.

ADVERTISEMENT

Tarian ini bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila ada guru didakwa menggunakan budak-budak untuk content itu di TikTok.

Terbaru, seorang pakar motivasi iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi ada meluahkan pendapatnya berkenaan video tersebut.

Beliau mempersoalkan tujuan guru merakam video sebegitu seolah-olah mahu menormalisasikan budaya bercinta dalam diri budak-budak usia ini.

Bila saya tengok je terus rasa, Ya Allah, apa benda ni?! Cikgunya tak ada kerja lain ke? Demi secebis konten, sanggup gunakan budak-budak untuk ikut trend video Tiktok?

Beliau berpendapat perbuatan guru tersebut adalah tidak beretika dan melampau. Jika tidak dibendung, beliau bimbang ada macam-macam video lain yang timbul.

Kau ingat benda ni kelakar ke? Nampak sweet bila budak kecil yang buat?

Elok-elok budak diajar pasal sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat, kau pula ajar mereka bersentuh-sentuhan begini!

Mendapat hampir 2,000 perkongsian, orang ramai turut mengecam tindakan guru yang dianggap tidak wajar. Tambahan pula rakaman dibuat di dalam kelas menggunakan kanak-kanak semata-mata untuk meraih views.

Nak normalisasikan budaya couple pada budak-budak sekecil ini ke? Nak bagi mereka seronok kejar benda viral? Generasi apa yang kau nak bangunkan ni?

Secara tegas, Tuan Akhi Fairuz berkata seorang guru sepatutnya mendidik anak-anak untuk membezakan perkara yang baik dan buruk termasuk dosa dan pahala.

Kredit: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas