Connect with us

Oh! Media

Guru Hidap Penyakit Misteri, Jadi Panas Baran Dan Pelupa Bila Masuk Rumah

Trending

Guru Hidap Penyakit Misteri, Jadi Panas Baran Dan Pelupa Bila Masuk Rumah

Di Hulu Besut Terengganu, seorang wanita terpaksa ambil alih tugas menjadi ketua keluarga apabila penyakit misteri yang dialami suami semakin teruk.

ADVERTISEMENT

BACA: Dah Jumpa Enam Pakar Perubatan, Penyakit Ustaz Kazim Masih Misteri?

Memetik laporan Harian Metro, Wan Zaidah berkata suaminya, Azhar Nor terpaksa menjadikan kenderaan MPV mereka sebagai ‘kediaman’ apabila tiba-tiba berubah sikap.

Foto: Harian Metro/Baharom Bakar

Menurutnya, suami yang merupakan seorang guru berubah perwatakan menjadi panas baran dan pelupa apabila masuk ke dalam rumah.

Wan Zaidah berkata suaminya sendiri yang memilih untuk tidak naik ke atas rumah bagi mengelakkan dirinya dan anak-anak menjadi mangsa kemarahan suami.

Dia akan menghabiskan masa termasuk tidur, makan, buang air besar dan kecil di dalam kenderaannya.

Kotak gear pada enjin MPV pernah mengalami kerosakan kerana enjin dihidupkan selama 24 jam sejak hujung April tahun lalu.

Jelanya lagi, tahun lalu suami menjalani pembedahan pada bahu kiri akibat penyakit Raja Satong (bengkak atas tubuh). Selepas pembedahan itu, suaminya disahkan menghidap penyakit hati menguncup dan terdapat batu di hempedu.

Perut suami juga membesar dan mengeluarkan air kejernihan menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan untuk memasang tiub.

Untuk kos bahan bakar kenderaan itu, Wan Zaidah membelanjakan kira-kira RM100 sehari. Manakala sebanyak RM3,000 sebulan untuk lampin pakai buang, tisu basah dan ubat-ubatan.

Dia juga sudah menghabiskan kira-kira RM20,000 termasuk guna khidmat perubatan tradisional untuk merawat penyakit misteri dialami suami.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas