Connect with us

Oh! Media

GISBH Rupanya Tak Pernah Bayar Cukai Dan Zakat Di Selangor

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Tidak

GISBH Rupanya Tak Pernah Bayar Cukai Dan Zakat Di Selangor

GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dilaporkan bukan sahaja tidak membayar cukai, tetapi juga tidak pernah membuat sebarang bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun, mengesahkan tiada rekod pembayaran zakat daripada GISBH, termasuk 20 anak syarikatnya.

Saya boleh sahkan selepas semakan dibuat, GISBH termasuk anak-anak syarikat di bawahnya tidak pernah membayar sebarang zakat di LZS.- Katanya ketika ditemui di Karnival Zakat Selangor di Shah Alam.

Menurutnya, LZS tidak dapat membuat anggaran zakat yang perlu dibayar kerana tiada maklumat mengenai aset dan liabiliti syarikat tersebut.

IKLAN

Pada Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, turut mendedahkan bahawa siasatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menunjukkan GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan.

Muhd Fikri menambah, LZS telah menjalankan dakwah kutipan di pelbagai tempat, termasuk syarikat di bawah GISBH. Namun, setakat ini, masih tiada zakat yang diterima daripada mereka.

Beliau juga menjelaskan bahawa di bawah Enakmen Jenayah Syariah, individu yang dengan sengaja tidak membayar zakat boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

Walau bagaimanapun, atas nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, LZS terus fokus kepada aktiviti dakwah tanpa mengambil tindakan undang-undang buat masa ini.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas