Connect with us

Oh! Media

Ginjal Khinzir Dipindah Pada Badan Manusia

ginjal babi

Trending

Ginjal Khinzir Dipindah Pada Badan Manusia

Sebuah pasukan perubatan di Amerika Syarikat (AS) telah berjaya memindahkan ginjal khinzir secara sementara kepada seorang pesakit mati otak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Terpaksa Buang Makanan Di Dapur” – ‘Banjir Najis Babi’ Resahkan Penduduk Kampung

Menurut Harian Metro, pakar bedah telah menyifatkan pencapaian prosedur berkenaan sebagai keajaiban yang berpotensi.

Diubah secara genetik

ginjal khinzir

Pembedahan itu berlaku pada 25 September yang melibatkan seekor haiwan penderma yang diubah secara genetik dan seorang pesakit mati otak yang memerlukan bantuan pernafasan.

Pelaksanaan eksperimen yang dilakukan selama dua hari itu telah mendapat kebenaran oleh keluarga pesakit.

Ia melakukan fungsi yang sepatutnya, iaitu menyingkirkan bahan kumuh dan menghasilkan air kencing. – Pengarah Transplant Institute di Universiti New York (NYU) Langone, Robert Montgomery

Pakar memasukkan buah pinggang khinzir ke saluran darah di bahagian atas salah satu kaki pesakit supaya ia dapat dipantau dan sampel biopsi dapat diambil. Mereka didapati lega kerana ini adalah salah satu peluang lain untuk pendermaan organ.

Pesakit itu kemudiannya diberhentikan daripada penggunaan ventilator dan meninggal dunia 54 jam selepas tamat sesi ujian tersebut.

Uji kaji terhadap pemindahan ginjal babi kepada manusia ini merupakan kali pertama dilakukan, sebelum ini, ginjal khinzir yang di uji pada bahan ujian bukan manusia tahan sehingga satu tahun.

Kredit: Harian metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas