Connect with us

Oh! Media

Gelabah Tengok Perkataan ‘Pork’, Wanita Kena Sekolah Gara-Gara Tak Faham Inggeris

pork spices

Trending

Gelabah Tengok Perkataan ‘Pork’, Wanita Kena Sekolah Gara-Gara Tak Faham Inggeris

Di media sosial, tular video memaparkan seorang wanita memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan kandungan rempah ratus untuk perapan lauk-pauk.

ADVERTISEMENT

Dalam video itu, wanita itu dilihat merakam botol-botol rempah yang didakwanya mengandungi khinzir apabila tertulis perkataan ‘pork’ di situ.

Video tular di media sosial

Tapi nampaknya berlaku salah faham apabila perkataan ‘pork’ di situ merujuk kepada cadangan persediaan makanan di mana rempah ratus itu boleh digunakan pada ayam, daging, ikan, kambing, makanan laut dan juga daging babi.

Dakwaan wanita berkenaan kononnya rempah ratus tak halal kerana mengandungi ‘pork’ adalah tak benar sama sekali.

@share_vibes Dah kabo pentingnya english education. ISH ISH ISH 😂 #fyp #masukberandafyp #educationgonewrong ♬ Epic Music(842228) – Pavel

Susulan video itu, orang ramai melabel wanita berkenaan tak faham bahasa Inggeris atau tak membaca dengan betul.

Menurut mereka, dakwaan yang tak benar mengenai kandungan rempah ratus itu boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna yang lain.

“Beza use on dengan ingredients” – netizen

pork
pork spices

Selepas video viral dan menerima kecaman netizen, empunya video difahamkan telah menukar setting akaun ke privasi.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas