Oh! Tidak
Gara-Gara Terlepas Flight, Penumpang Bertindak Marah Pekerja KLIA2
Seorang penumpang bertindak memviralkan video dirinya apabila terlepas penerbangan dari Kuala Lumpur International Airports Terminal 2 (KLIA2) pada Jumaat lalu.
Penumpang berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap etika pekerja yang berada di pintu landasan terminal itu.
Menerusi kapsyen pada video berkenaan, mendedahkan mereka sudah tiba 10 minit lebih awal daripada masa berlepas.
Walau bagaimanapun, pekerja tersebut telah menutup pagar dan tidak membenarkan kemasukan sehingga menyebabkan penumpang ini terlepas penerbangan.

Penumpang berkenaan merasakan tindakan ini “tidak masuk akal” dan terus merakam tag pekerja berkenaan dan memviralkan kejadian ini.
Kedua-dua pekerja itu dilihat tenang dan menjalankan tugas seiring dengan peraturan ditetapkan oleh syarikat penerbangan walaupun dimarahi penumpang itu dengan nada yang kasar.
Dalam pada itu, pihak AirAsia dikatakan berhati baik dan telah menukar penumpang berkenaan ke penerbangan seterusnya.

Difahamkan, setiap penumpang seharusnya mendaftar masuk 1 jam awal sebelum waktu penerbangan berlepas.
Jika individu yang tiba kurang 20 minit daripada waktu berlepas, dia tidak akan dibenarkan untuk masuk ke kapal terbang.
BACA: Syarikat Penerbangan Baru Didakwa Ugut Halau Penumpang Gara-Gara Anak 2 Tahun Menangis
Terdahulu, tular satu perkongsian seorang lelaki di mana dia sekeluarga mendakwa diugut untuk keluar dari pesawat sebuah penerbangan baru.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
