Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Tanam Pokok, Warga Emas Maut Dipukul Jiran

warga emas maut

Oh! Tidak

Gara-Gara Tanam Pokok, Warga Emas Maut Dipukul Jiran

Kejadian di Jalan Kelochor, Kota Bharu Kelantan, seorang warga emas dipercayai maut dipukul dengan sebatang kayu oleh jiran di kawasan rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: Kejadian Mengejut Di Jonker Walk, Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran

Menerusi laporan Kosmo, mangsa dipukul kerana berlaku salah faham dengan suspek mengenai tanaman pokok berhampiran rumah mereka.

Tanam pokok dekat jalan

warga emas maut

Semasa hari kejadian, Isteri mangsa telah menemui suaminya di bahagian dapur dalam keadaan terbaring dan tak sedarkan diri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihak polis terima maklumat kejadian pada jam 12.20 tengah hari dan mendapati berlaku salah faham antara mangsa dan suspek. Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 60-an.

Mangsa telah dimarahi kerana menanam pokok di kawasan jalan dan mengganggu laluan kereta suspek.

Suspek yang tidak berpuas hati mengambil sebatang kayu sebelum memukul mangsa yang tinggal bersama isteri dan seorang anaknya.

Mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian belakang kepala selain kesan calar pada tangan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat.

Suspek mengaku telah memukul mangsa sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan kecederaan yang dialami.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas