Connect with us

Oh! Media

Gadis Minta Rider ‘Refund’ Kek Rosak Mohon Maaf, Nafi Guna Motor Untuk Penghantaran

Oh! Tidak

Gadis Minta Rider ‘Refund’ Kek Rosak Mohon Maaf, Nafi Guna Motor Untuk Penghantaran

Sudah menjadi satu kemudahan buat para peniaga untuk menghantar barang jualan mereka dengan menggunakan perkhidmatan kurier penghantaran lebih-lebih lagi mereka yang berniaga di rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Kecewa, Parcel Dibuka Pekerja Kurier Dan Digantikan Dengan Sampah?

Namun amatlah dinasihatkan buat para peniaga untuk tidak menggunakan khidmat ‘rider’ yang membawa motosikal bagi menghantar barangan yang mudah pecah seperti kaca, kek dan sebagainya untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kerugian.

Minta ‘rider’ refund kerana rosakkan kek yang perlu dihantar

Tular di media sosial mengenai seorang peniaga yang berang selepas menggunakan perkhidmatan kurier bagi menghantar kek jualannya kepada pelanggan.

Menerusi ciapannya itu, difahamkan dia berang dengan ‘rider’ penghantaran tersebut kerana dikatakan cuai sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian selepas kek yang dijualnya itu hancur ketika sampai di tangan pelanggan.

Dia kemudiannya meminta ‘rider’ tersebut untuk membayar ganti rugi bernilai RM113 kerana telah menyebabkan kerugian terhadap dirinya.

Tindakannya itu dikecam

Namun lain pula jadinya apabila perkongsian wanita tersebut mendapat kecaman daripada warganet.

“You hantar guna motor kan?”

Ini kerana, warganet menempelak wanita itu atas kesilapannya sendiri yang menggunakan perkhidmatan ‘rider’ yang menggunakan motosikal untuk menghantar barangan yang mudah pecah seperti kek.

Dapat dilihat, selain mengecam, rata-rata netizen turut meminta agar wanita tersebut kongsikan maklumat mengenai ‘rider’ tersebut yang merupakan seorang yang berumur bagi membantu memulangkan semula wang kepada ‘rider’ tersebut.

Gadis mohon maaf, nafi gunakan motor sebagai penghantaran

Setelah mendapat pelbagai kecaman yang mendakwa dirinya menggunakan khidmat motor sebagai kurier penghantaran, gadis ini tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Menerusi ciapan baru itu, wantia tersebut menyangkal dakwaan warganet yang mendakwa dirinya menggunakan khidmat motor sebagai penghantaran sebaliknya dia menggunakan kereta sebagai khidmat penghantar untuk kek jualannya itu.

Dia juga membuat permohonan maaf atas kesilapannya yang bersikap kurang sopan dan tidak beradab terhadap ‘rider’ yang menghantar kek jualannya itu.

Kredit: Twitter Dean of Deen

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas