Connect with us

Oh! Media

Gadis Dikritik Tak Ada ‘Common Sense’ Gara-Gara Pakai Serba Putih Di Majlis Nikah Sepupu

Trending

Gadis Dikritik Tak Ada ‘Common Sense’ Gara-Gara Pakai Serba Putih Di Majlis Nikah Sepupu

Perkongsian seorang gadis di TikTok menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memakai baju serba putih seakan pengantin di majlis nikah sepupunya.

ADVERTISEMENT

Dalam video itu, gadis yang dikenali sebagai Nadzeera Sari ini duduk berhampiran dengan mempelai membuatkan dirinya nampak menonjol berbanding tetamu lain.

Bila kau salah pilih baju

@nadzeerasari Btw orang panggil aku ira , in real .. so dieorg gelar aku ira kazar 2 lah .. so hati2 kata nya #trending #fypシ゚viral #viral #sol #irakazar #fypage ♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

Setakat ini perkongsian video telah mendapat lebih sejuta tontonan dan 2,000 komen daripada netizen. Rata-rata berpendapat gadis itu seolah-olah tak ada ‘common sense’ dalam pemilihan baju.

Orang ramai meluahkan rasa geram membayangkan gadis itu berkemungkinan masuk dalam gambar yang ditangkap jurugambar kerana duduk dekat dengan pengantin.

Tak standby baju lain

Memetik laporan mStar, gadis ini berusia 26 tahun ini menjelaskan dia tak ada niat nak rosakkan ‘majlis’ dan warna baju serupa tak disengajakan. Dia sangka majlis pada hari itu merupakan majlis persandingan biasa.

Saya memang tak stanby baju warna lain. Saya tanya pengantin macam mana ni? Dia kata tak apa.

Malah, dia telah mendapat keizinan pengantin sebelum majlis diteruskan. Menjawab kepada kritikan duduk dekat dengan pengantin, gadis ini berkata dia diminta oleh ibu pengantin untuk duduk di situ.

Di majlis itu, langsung tak ada isu mengenai warna baju katanya. Dia sedar dirinya dikecam sebaik sahaja memuat naik video di akaun TikTok yang pada asalnya dibuat untuk ‘kelakar-kelakar’ je.

Kredit: TikTok @nadzeerasari | mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas