Connect with us

Oh! Media

Filem Tempatan Ada Unsur Lucah Dilakonkan ‘P*rnst*r’ Undang Kecaman Netizen

Filem tempatan unsur lucah

Oh! Tidak

Filem Tempatan Ada Unsur Lucah Dilakonkan ‘P*rnst*r’ Undang Kecaman Netizen

Baru-baru ini, sebuah trailer filem tempatan yang bakal ditayangkan pada Mac akan datang mengundang kecaman netizen di media sosial. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Mana tidaknya, menerusi klip filem berjudul Pulau itu mengandungi babak-babak seksual dan menampilkan pelakon video ‘dewasa’ dari Malaysia.

Filem tersebut dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Namron, Wan Hanafi Su, Alif Satar selain turut menampilkan Amelia henderson, Ikmal Amry dan beberapa pelakon baru.

Namun, ramai netizen yang menyuarakan pendapat masing-masing dan terkejut bagaimana filem sebegitu boleh lepas tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF) kerana mempunyai babak yang tidak bersesuaian.

Paling menjadi bualan adalah kehadiran model video lucah, Ms Puiyi yang turut melakonkan aksi menghairahkan di dalam filem tersebut.

Ramai warganet menyindir FINAS kerana membenarkan filem seperti itu ditayangkan walhal filem daripada Hollywood disekat kerana unsur yang sama.

Menurut mereka, Pulau terang-terangan mempunyai unsur softporn dan tidak sesuai ditonton oleh masyarakat di Malaysia terutamanya golongan remaja.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas