Connect with us

Oh! Media

Empat Ahli Keluarga Direman Kes Suri Rumah

Ohmedia suri rumah mati dijerut

Oh! Tidak

Empat Ahli Keluarga Direman Kes Suri Rumah

Tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah seorang suri rumah berusia 28 tahun yang dilaporkan hilang sebelum dijumpai mati dengan kesan jerutan pada leher di bilik tidurnya di Indera Mahkota, Kuantan. Kejadian tragis ini telah mengejutkan penduduk setempat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, siasatan awal mendapati telefon bimbit dan kunci kereta mangsa hilang.

Selain itu, kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu juga didapati hilang, dipercayai telah ditanggalkan oleh suspek. Namun, barang peribadi mangsa yang lain tidak diambil.

IKLAN

BACA: Wanita Hilang Telah Ditemui Di Bilik Tidur, Mayat Ada Kesan Jerutan Pada Leher

Ketika ini, beberapa individu termasuk ahli keluarga sedang disiasat untuk mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian. – Kata Wan Mohd Zahari.

Mangsa, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya yang merupakan warga China pada 7.30 malam, kelmarin.

Bapa mangsa buat laporan kehilangan mangsa sebelum ditemui…

Sebelum itu, bapa mangsa yang berusia 62 tahun telah membuat laporan kehilangan kira-kira jam 3.25 petang pada hari yang sama.

Buat masa ini, suami mangsa yang bekerja sebagai penyelia kilang, bapa, bapa mentua, dan ibu mentua mangsa telah direman sehingga 21 Ogos untuk membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ohmedia suri rumah mati dijerut

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas