Connect with us

Oh! Media

Dua Remaja Bawa Pulang Bom Ke Rumah, Disangka Alat Permainan

Trending

Dua Remaja Bawa Pulang Bom Ke Rumah, Disangka Alat Permainan

Sudah semestinya kita mengetahui terdapat banyak objek yang terdapat di bawah tanah dan kemungkinan berasal daripada zaman dahulu. Barang-barang pra sejarah, tin-tin lama dan sebagainya sehingga mendapat perhatian orang pengumpul barang lama untuk mendapatkan barang tersebut.

ADVERTISEMENT

Akan tetapi, sebuah kejadian menakutkan berlaku di Penang apabila terdapat dua remaja menyangka objek yang tertanam yang dijumpai mereka di persisiran pantai di Kuala Muda, Penaga, adalah alat permainan namun ia adalah bom

Semasa awal kejadian, kedua-dua remaja berusia 14 tahun itu berada di pantai berkenanan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam untuk membeli ais batu sebelum ternampak objek tertanam yang mereka sangkakan adalah alat permainan.

bom yang ditemui oleh remaja tersebut yang disangka alat permainan (Sumber: Harian Metro)

Mereka berdua kemudian terus mengorek pasir tersebut bagi mengeluarkan objek yang tertanam itu namun sebelum membawanya pulang ke salah sebuah rumah remaja itu yang terletak di Taman Desa Kuala Muda, untuk ditunjukkan kepada ahli keluarganya.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata ahli keluarga mereka membuat laporan polis kerana terdapat perkataan tertera tulisan bom mortar bom pada objek.

Hasil soal siasat mendapati objek itu adalah sebutir bom jenis mortar berukuran sepanjang 30 sentimeter (cm) seberat tiga kilogram (kg).

Kes kemudian dimaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, Noorzainy berkata bahawa makluman awal mendapati objek yang dijumpai oleh kedua remaja tersebut tiada bahan letupan yang terkandung dan dipercayai digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Bom itu dibawa balik ke Pangkalan UPB IPK Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas