Connect with us

Oh! Media

Dua Pekerja Pembersihan Profesional Maut, Jatuh Setinggi 27 Meter Ketika Jalankan Tugas

Stadium

Oh! Tidak

Dua Pekerja Pembersihan Profesional Maut, Jatuh Setinggi 27 Meter Ketika Jalankan Tugas

Dua pekerja pembersihan profesional maut selepas terjatuh daripada ketinggian 27 meter ketika sedang menjalankan tugas pembersihan. Allahu, kesiannya..

ADVERTISEMENT

BACA : Sekumpulan Lelaki Tetak Penarik Kereta Sehingga Maut

Menurut laporan Kosmo, lelaki warga tempatan yang berusia 34 dan 35 tahun itu terjatuh daripada atas bumbung kanvas ke atas pagar dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri (JKKP) Johor, Husdin Che Amat.

Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan sepasukan pegawai penyiasat telah dihantar JKKP Johor untuk mengenalpasti punca kemalangan yang berlaku. 

 Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai juruteknik ditugaskan secara berpasangan membuat kerja-kerja pembersihan bumbung kanvas stadium menggunakan teknik ‘rope access’ di atas kawasan berdekatan pintu masuk Gate A berhadapan Ibu Pejabat Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedua-dua mangsa dilaporkan terjatuh dari atas bumbung kanvas ke atas pagar BRC (anggaran ketinggian 27 meter) dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Malang tidak mengenali masa dan tempat. Semoga ahli keluarga mangsa tabah dengan pemergian insan tersayang, tambah lagi dalam keadaan yang mengejut sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas