Connect with us

Oh! Media

Dua Kanak-Kanak Lemas Dalam Kereta Jatuh Sungai, Bapa Ditahan Beri Keterangan Meragukan

Ohmedia sungai

Oh! Tidak

Dua Kanak-Kanak Lemas Dalam Kereta Jatuh Sungai, Bapa Ditahan Beri Keterangan Meragukan

Hasil semakan bapa mempunyai 16 rekod kesalahan lampau dengan 4 daripadanya masih berstatus dikehendaki.

Tragedi menyayat hati berlaku di Port Dickson apabila dua beradik masing-masing berusia 6 dan 8 tahun ditemui maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, Pasir Panjang Negeri Sembilan.

Kejadian berlaku sekitar jam 11.45 pagi pada 4 September 2025, melibatkan sebuah kereta jenis Nissan yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Mayat ditemui terperangkap dalam kereta

Sungai

Menurut kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Datuk Alzafny bin Ahmad, pihak bomba bergegas ke lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa dan kenderaan terbabit. Pemeriksaan mendapati kedua-dua kanak-kanak malang itu terperangkap di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia akibat lemas.

IKLAN

Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Ibu bapa mangsa ditahan

Sungai Lemas

Lebih mengejutkan, siasatan lanjut membawa kepada penahanan sepasang suami isteri tempatan yang dipercayai ibu bapa kepada mangsa.

Lelaki berusia 46 tahun dan wanita berusia 41 tahun itu ditahan kerana memberikan keterangan yang meragukan mengenai kejadian.

Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai 16 rekod kesalahan lampau dengan 4 daripadanya masih berstatus dikehendaki. Wanita terbabit pula tidak mempunyai rekod jenayah.

Semakan ke atas kenderaan mendapati kereta jenis Nissan itu dilaporkan hilang sebelum ini. Bagaimanapun, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek adalah negatif.

Disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Lemas
Lemas Pd

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban pada 5 September 2025 untuk permohonan reman. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pssttt! Semoga kebenaran dapat didedahkan segera dan roh kedua-dua kanak-kanak ini ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas