Connect with us

Oh! Media

Dikritik Nyanyian Tak Sedap, Ryan Bakery Akhirnya Bersuara

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Dikritik Nyanyian Tak Sedap, Ryan Bakery Akhirnya Bersuara

Kecoh di media sosial apabila Ajai selaku juri program Famili Duo mengkritik persembahan pensohor media sosial, Ryan Bakery dan Adam Bakery malam tadi yang dikatakan tidak sedap dan tidak menepati ‘standard’.

Menurut laporan Oh Bulan, Ryan Bakery dan adiknya menerima komen diberikan Ajai dengan hati yang terbuka. Mereka juga berkata akan perbaiki persembahan pada minggu hadapan dengan nasihat yang diberi.

Pada kami, tak rasa apa-apa. Tapi kami ambil komen tu sebagai penambahbaikan sebab kami pun bukan penyanyi. Bila masuk familiduo ni, sedikit sebanyak benda baru kami belajar. Apa yang dia cakap tu, kami hormati dan terima.

Bukan tu jer, Ryan dan Adam juga akui mereka gementar ketika berada atas pentas dan beranggapan yang pemilihan lagu buatkan persembahan mereka tidak memuaskan pada malam itu.

IKLAN

Saya tak menyesal, sebab ini pertandingan. Kalau kalah, tersingkir, kalau menang, rezeki. Tapi kami berani masuk program ni, segala cabaran dan rintangan kami hadapi, dan apa yang berlaku jadi pengajaran.

Semoga Ryan dan Adam berjaya menambat hati juri terutamanya Ajai pada minggu depan. Goodluck brader!

Kredit: Oh Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas