Connect with us

Oh! Media

Didakwa Salah Guna Kabel PM, Menantu Perjelas Isu Promosi Pertunjukan Fesyen

Trending

Didakwa Salah Guna Kabel PM, Menantu Perjelas Isu Promosi Pertunjukan Fesyen

Baru-baru ini terdapat dakwaan mengatakan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie menggunakan pengaruh bapa mentuanya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi tujuan perniagaan dan peribadi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Dakwaan Diselamatkan Naik Helikopter

Satu ‘screenshot’ tersebar di Twitter memaparkan jemputan ke pertunjukan fesyen anjuran pereka fesyen itu di group Whatsapp bahagian media Pejabat Perdana Menteri.

Jovian menafikan perkara tersebut

Namun, perkara itu disangkal Jovian kerana dia telah terlibat dengan peniagaan dalam bidang industri fesyen sebelum menjadi menantu kepada PM lagi.

Kalau nak ikutkan saya juga manusia biasa tentu ada rasa kecil hati, tapi saya tidaklah ambil secara peribadi kerana saya seorang yang sangat positif.

Orang selalu kata saya dibiayai oleh duit kerajaan walhal saya tak pernah pun ambil kesempatan.

Malah saya memulakan perniagaan dulu pun bermodalkan wang ibu saya sebanyak RM5,000. Bertitik tolak daripada situ, perniagaan saya mula berkembang dan saya dipertemukan dengan beberapa pelabur persendirian.

Kalau nak kata saya ambil kesempatan, bagaimana saya boleh buka butik di Jalan Maarof, Bangsar yang menelan belanja berjuta-juta dan ketika itu saya belum berkahwin pun dengan Datin Nina Ismail.

Namun, Jovian tidak menafikan bahawa bapa mentuanya turut memainkan peranan dalam membantu mempromosikan produk keluarannya lebih-lebih lagi sewaktu penularan wabak Covid-19.

Namun saya tak nafikan mungkin kedudukan bapa mentua itu membuka jalan dengan lebih luas terutama ketika pandemik apabila beliau memakai pelitup muka jenama saya setiap hari di kaca TV.

Ia sekali gus memberi publisiti dan membawa rezeki kepada perniagaan yang sedang diusahakan. Ingin saya tegaskan bukan dia yang suruh say buat perniagaan itu, tapi a adalah usaha dan kerja keras saya sendiri.

Saya boleh kata kami melengkapi antara satu sama lain.

Apa komen korang?

Kredit: Twitter Fahmi Fadzil | Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas