Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Dakwaan Diselamatkan Naik Helikopter

Trending

“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Dakwaan Diselamatkan Naik Helikopter

Pereka fesyen terkenal yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Jovian Mandagie menjawab dakwaan telah menggunakan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Jovian Mandagie Hasilkan Gaun PPE Warna Putih Untuk Frontliners!

Dakwaan mula timbul apabila Jovian dilihat menaiki sebuah helikopter menyelamatkan diri ketika terkandas akibat banjir.

Namun, dakwaan tersebut telah disangkal pereka fesyen itu. Menurutnya, isu helikopter tidak perlu dipanjangkan kerana dia tidak menggunakan aset kerajaan.

Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that.

Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahead but those are fitnah.

Jovian juga menjelaskan bahawa helikopter yang digunakan olehnya adalah jenis komersial dan tidak boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir.

Kenapa tak guna heli nak bantu orang ramai? Pasal itu heli commercial, jadi tak boleh nak buka pintu and turunkan bantuan atau naikkan mangsa etc.

Pereka fesyen ini turut menafikan dakwaan apabila ada yang mengatakan dia hanya menghulurkan bantuan setelah isu menjadi viral di Twitter.

Katanya, selama ini dia turut membantu seikhlas hati ketika negara dilanda wabak Covid-19, ketika pergolakan di Palestin dan bencana lain.

Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right about me.

Terdahulu, Jovian ada berkongsi satu story di laman Instagram yang menunjukkan dia menaiki sebuah helikopter untuk pulang ke rumah untuk bertemu isteri dan anak perempuannya.

Kredit: Instagram Jovian Mandagie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas