Connect with us

Oh! Media

Didakwa Merusuh Di Kuil Maha Mariamman, 17 Individu Dibebaskan

Kuil Maha Mariamman

Oh! Tidak

Didakwa Merusuh Di Kuil Maha Mariamman, 17 Individu Dibebaskan

Hari ini, seramai 17 individu yang didakwa terlibat dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman Seafield pada 26 November 2018 telah dibebaskan.

ADVERTISEMENT

Perkara itu diputuskan Majistret Muhammad Iskandar Zainol telah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tertuduh juga tidak dipanggil untuk membela diri.

Saksi kejadian merusuh Kuil Maha Mariamman tidak konsisten…

Tiada senjata dikemukakan di mahkamah sebagai bahan eksibit seperti pisau, seperti yang dinyatakan dalam kertas tuduhan.

Perkara ini dibangkitkan oleh peguam R Kirthiraj yang mewakili salah seorang tertuduh, Saifullah Abdullah.

Saksi juga dikatakan tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten ketika memberikan kenyataan di mahkamah.

Kesemua tertuduh adalah berbangsa Melayu dan dibebaskan…

Semua senjata itu hanya dikutip dari tempat kejadian oleh saksi dan bukannya rampasan daripada tertuduh.

Kesemua tertuduh berusia 24 dan 47 tahun itu adalah Riduan Sekh Ruslan, Irwan Noordin, Khairi Abdul Rashid, Rozaihan Zakaria, Qayyum Mohd Faisal, Ashraf Mohd Faizal, Absal Eastrie Abdullah, Jalil Talib, Khairol Anuar Zabidi, Zamri Md Said, Shukri Razali, Nor Azmi Abdul Ghani, Shahril Danniel Sajeel, Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Azi dan Norul Ismawi Islahuddin.

Ketika kejadian ini berlaku. seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim telah terkorban.

BACA: Ini Jumlah Pampasan Yang Sudah Dibayar Kerajaan Kepada Keluarga Arwah Adib

Kuil Maha Mariamman

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas