Connect with us

Oh! Media

Didakwa Atas 4 Pertuduhan Muat Naik Video Elemen Sumbang, Aliff Syukri Mengaku Tak Bersalah

Trending

Didakwa Atas 4 Pertuduhan Muat Naik Video Elemen Sumbang, Aliff Syukri Mengaku Tak Bersalah

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang didakwa di Mahkamah Sepang atas empat pertuduhan memuat naik video mengandungi elemen sumbang mengaku tidak bersalah.

ADVERTISEMENT

BACA: Usahawan Kosmetik Nampak Tenang Di Mahkamah, Didakwa Kes Kongsi Kandungan Sumbang

Pengakuan itu dibuat Aliff syukri di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Aliff Syukri didapati memuat naik empat video pendek menerusi lagu ‘Klepok Raya’ yang mengandungi elemen sumbang.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) Akta 588 dan boleh dituduh mengikut Seksyen 233 AKM di bawah akta yang sama.

Hakim Ahmad Rizki kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, polis mahkamah telah menegur dan merampas telefon pintar daripada pegawai Aliff Syukri kerana didapati merakam menggunakan gajet tersebut semasa pendakwaan berlangsung.

Walau bagaimanapun, individu berkenaan sudah pun memohon maaf atas perbuatan yang dianggap menghina mahkamah dan hakim tersebut.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas