Connect with us

Oh! Media

“Dia Cakap Hai, Tak Nampak Resah” – Lelaki Hilang Nyaris Ditinggal Penyelamat Sebab Ceria

Oh! Tidak

“Dia Cakap Hai, Tak Nampak Resah” – Lelaki Hilang Nyaris Ditinggal Penyelamat Sebab Ceria

Jurucakap pasukan penyelamat Summit Country Rescue Group, Anna Debattiste menceritakan detik cemas ketika mereka membuat misi pencarian seorang lelaki hilang di hutan terletak di Colorado US.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan CBS News, kehilangan lelaki itu disedari rakannya selepas mangsa tidak pulang ke kem mereka pada malam Selasa selepas keluar memburu di kawasan Surprise Lake dan Upper Cataract Lake.

Pada pagi Rabu, rakannya menghubungi talian 911 dan pasukan penyelamat udara diarah membuat peninjauan pantas tetapi tidak berjaya menemui mangsa.

Misi diteruskan dengan bantuan helikopter Blackhawk dan tujuh anggota penyelamat mendaki dikerah mencari di sekitar kawasan laluan.

Foto: CBS News

Menurut krew penyelamat, mangsa berada di luar jejak iaitu di dalam daunan tebal dan berpaya. Disebabkan itu, pencarian darat mengambil masa yang lama.

Ketika meninjau, juruterbang Blackhawk melihat seseorang dipercayai mangsa tetapi beg galas yang dipakainya berwarna lain.

Juruterbang berasa ragu tambahan pula mangsa melambai secara perlahan dan bersahaja. Mangsa juga sempat menyapa hai dan riak mukanya langsung tak nampak sedang berada dalam kesusahan jadi helikopter berlalu pergi.

Foto: yahoo!

Nasib baik krew pencarian darat berjaya menemui mangsa tak lama selepas itu.

Menurut jurucakap pasukan penyelamat Summit Country Rescue Group, mangsa sepatutnya melambai kedua-dua tangan secara agresif dengan tangan berada di atas kepala.

Cara lain, mangsa juga boleh melambai menggunakan pakaian berwarna cerah sebagai isyarat dan menjerit ‘Hei, sayalah orang yang anda cari.”

Pihaknya bagaimanapun menjadikan kisah ini sebagai pengajaran. Mangsa juga dipuji melakukan perkara yang betul apabila tinggal di suatu tempat semalam.

Kemudian cuba pergi ke kawasan yang lebih terbuka pada waktu siang bagi memudahkan kerja-kerja pencarian.

Kredit: CBS News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas