
Oh! Tidak
“Depan Mata Orang Cacat Sama Berdiri, Angkat Barang” – Wanita Dakwa Kena ‘Scam’ Dengan Peniaga Berkerusi Roda
Seorang peniaga berkerusi roda yang disangka orang kurang upaya (OKU) dirakam sempurna sifat dan boleh berdiri dengan baik.
Menerusi perkongsian Eja Isa di Facebook, dia melihat sendiri kejadian itu di depan matanya. Dia merasakan seolah-olah diperdaya dengan peniaga yang didakwa berpura-pura kurang upaya.
Mana tidaknya, minggu lalu Eja melihat peniaga yang sama memakai kerusi roda konon-kononnya kaki cacat tidak boleh bergerak.

Katanya, lelaki tersebut berniaga dari rumah ke rumah di tengah panas membuatkan dia berasa simpati. Ketika itu, Eja membeli dua paket rendang daging dengan harga RM25 untuk sepaket.

Tetapi, Eja terkejut apabila melihat peniaga itu rupa-rupanya boleh berdiri dan mengangkat barang masuk ke dalam sebuah kereta. Sebelum kejadian, peniaga itu dikatakan menjual dari kedai ke kedai dengan kerusi roda.
Pengguna Facebook ini mempersoalkan keberkatan berniaga dengan cara sebegitu. Sudahlah status oku diragui, rendang daging yang dijual juga dikatakan terlalu sedikit tidak sepadan dengan harga. Biar betul?
