Connect with us

Oh! Media

“Dapat Apa Selain Nombor?” – Baru 11 Bulan Kahwin, Suami Kantoi ‘Try’ Awek Omi, Hentak Isteri

Oh! Tidak

“Dapat Apa Selain Nombor?” – Baru 11 Bulan Kahwin, Suami Kantoi ‘Try’ Awek Omi, Hentak Isteri

Tular di media sosial pendedahan seorang isteri mendakwa suaminya telah berlaku curang dan memukulnya.

ADVERTISEMENT

Dalam video itu, wanita tersebut berterima kasih di atas hubungan rumahtangganya yang bertahan cuma 11 bulan.

Malah dakwanya, suami telah mensia-siakan peluang yang diberinya semasa mereka rujuk semula beberapa bulan lepas. Wanita ini dipercayai telah membuat laporan polis dengan bantuan jiran.

Dalam pendedahan video yang dimuat naik, wanita ini menunjukkan bukti chat suaminya di aplikasi dating. Nampaknya bukan sorang je suami dia mesej, ramai lagi wanita lain.

Suaminya juga didakwa memberi alasan rumahtangga bermasalah kerana isteri jarang buatkan sarapan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, wanita ini berkata pihak atasan tentera telah pun mengambil keterangannya dan kes diklasifikasikan sebagai kes berat.

Wanita ini juga memohon orang ramai supaya tak mengkritiknya meminta isu peribadi dibincang secara baik kerana suaminya sendiri tak beri kerjasama.

Kredit: Twitter | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas