Connect with us

Oh! Media

Dakwa Kuliah Subuh Terlalu Bising, Lelaki Mengamuk Rampas Mic Masjid Ditahan

Trending

Dakwa Kuliah Subuh Terlalu Bising, Lelaki Mengamuk Rampas Mic Masjid Ditahan

Seorang lelaki mengamuk dan bertindak merampas mikrofon sebuah surau di Ampang Campuran kerana mendakwa kuliah Subuh yang sedang berjalan terlalu bising.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Tumbuk Dan Pecahkan Pintu Masjid? Esoknya Ditemui Meninggal Dunia

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, lelaki berkenaan dikatakan terus meluru ke arah penceramah dan merampas mikrofon ketika kuliah sedang berjalan.

Ketika kuliah Subuh berlangsung, seorang lelaki tempatan yang tidak kenali terus menuju ke arah penceramah lalu menarik mikrofon dan menjerit menyatakan kuliah itu terlalu bising hingga mengganggunya.

Jemaah surau juga bertindak menghalangnya dan meminta dia meninggalkan surau terbabit dengan cara baik.

Dalam pada itu, polis mengesahkan sudah menahan suspek, 34 yang bekerja sebagai penjaga stor bagi membantu siasatan.

Semakan dilakukan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod bagi kesalahan dadah dan ugutan jenayah.

Susulan itu, suspek akan direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956 atas kesalahan kelakuan aib.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas