Connect with us

Oh! Media

Dah ‘Tiada’ Lebih Sebulan, Anak Masih Fikir Ibu Bapa Keluar Pergi Kerja

Oh! Tidak

Dah ‘Tiada’ Lebih Sebulan, Anak Masih Fikir Ibu Bapa Keluar Pergi Kerja

Sayu team Oh! Media hari ini apabila mengetahui bahawa seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil masih menganggap ibu bapanya yang telah meninggal dunia lebih kurang sebulan yang lalu pergi bekerja.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Memetik laporan Kosmo, kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu dikenali sebagai Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, 3, masih tidak tahu bahawa ibu ba­panya, Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah pun meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Aulia yang kini dijaga neneknya, Absah Abdullah, 61, masih menganggap ketiadaan ibu bapanya di rumah adalah di­sebabkan mereka keluar bekerja.

Tambah Absah lagi, cucunya itu memang jarang berjumpa dengan ibu bapanya kerana arwah menantu, Muhammad Izwan sedang mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.

Kami cuba jelaskan kepada­nya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.

Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupu­nya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing.

Keluarga itu ditemui ketika menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyerahkan sumbangan.

Hadir sama ialah wakil Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menyerahkan sumbangan kepada waris Mohd Izwan selaku alumni.

Maut dalam satu kemalangan ketika pulang untuk cabut undi

Sekadar info, pasangan itu maut ketika dalam perjalanan pulang selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux.

Aulia yang turut berada di dalam kereta ketika itu mengalami keretakkan pada kaki kanannya dan perlu disimen.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas