Connect with us

Oh! Media

“Dah Tahun 2022 Dah Kot” – Netizen Kritik Poster Aiman Tino Dah Macam Orang Hilang, Wanted

Trending

“Dah Tahun 2022 Dah Kot” – Netizen Kritik Poster Aiman Tino Dah Macam Orang Hilang, Wanted

Baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang pengguna Twitter yang terkejut melihat poster majlis yang dihadiri penyanyi muda Aiman Tino seperti hebahan orang hilang.

ADVERTISEMENT

Dalam perkongsian itu kelihatan sekeping kertas bersaiz A4 mengandungi gambar penyanyi itu dan maklumat mengenai majlis yang diadakan di Lahad Datu Sabah.

Apa yang membuatkan perkongsian itu viral adalah rekaan poster yang dikatakan tidak kreatif dan ala kadar sahaja. Ada yang cakap dah macam orang ‘wanted’ (dikehendaki polis) je.

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 5,000 retweet dan 800 respon balas. Rata-rata meluahkan rasa terhibur dan mencadangkan beberapa website yang menyediakan khidmat rekaan poster secara percuma sahaja.

Aduhai tak pasal-pasal orang ingat Aiman Tino hilang dekat Sabah tu.

Kredit: Twitter Amran Fans

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas