Connect with us

Oh! Media

Daging Emas Salt Bae Berharga Lebih RM8k, Tapi Rasa Macam Stik Biasa?

stik daging

Trending

Daging Emas Salt Bae Berharga Lebih RM8k, Tapi Rasa Macam Stik Biasa?

Siapa je tak kenal Salt Bae kan? Sebelum ini, chef selebriti terkenal ini telah mengeluarkan satu hidangan istimewa dan popular di Kota London, iaitu stik daging yang disalut dengan emas.

ADVERTISEMENT

BACA: Boleh Beli Rumah, Pelanggan Ini Dedah Harga ‘Cekik Darah’ Restoran Salt Bae?

Pemilik restoran Nusr-Et Steakhouse itu telah mendapat kecaman sebelum ini kerana menyediakan hidangan dengan harga yang menghampiri lima angka.

Mengaku salutan emas tidak tambah citarasa atau kualiti hidangan

SALT BAE

Menerusi laporan Utusan, Salt Bae telah mengakui bahawa salutan emas yang sering dibalut dengan hidangan stik daging yang popular itu tidak memberi sebarang perubahan kepada rasa makanan tersebut.

Ia langsung tidak menambah citarasa atau mengubah kualiti hidangan tersebut.

Namun, stik daging emas adalah sesuatu yang berbeza dan terbaik di London.

SALT BAE

Hidangan paling popular di restoran itu yang dibalut dengan salutan emas dinamakan stik Tomahawk dengan harganya 1,450 pound bersamaan RM8,107. Fuhh, memang orang yang makan ni semua orang yang tak terhabis duit laa.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas