Connect with us

Oh! Media

Cuba Langgar Anggota Polis, Warga Asing Disyaki ‘Tokey’ Dadah Ditahan

Trending

Cuba Langgar Anggota Polis, Warga Asing Disyaki ‘Tokey’ Dadah Ditahan

Sejak akhir-akhir ini, peredaran berita berkenaan jenayah dadah dilihat semakin menjadi-jadi oleh aktiviti itu mampu mendatangkan keuntungan yang sangat tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA: Terjawab Sudah Siapa Pelakon Lelaki Ditangkap Salah Guna Dadah Di Perak

Mengikut statistik, lebih daripada 100,000 orang telah terlibat dalam jenayah ini dan jumlah terbesar datang daripada golongan belia iaitu sebanyak 65 peratus.

Data yang ditunjukkan amat merisaukan pihak berkuasa kerana angka tersebut dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun ramai yang sudah ditangkap.

Warga asing dipercayai edar dadah cuba rempuh polis

Terbaharu, polis telah menahan seorang lelaki warga asing ekoran tindakannya yang mahu merempuh anggota polis ketika cuba meloloskan diri dari ditahan.

Kejadian yang berlaku di Manggatal, Kota Kinabalu, itu memaksa anggota polis untuk melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek berusia 20-an telah memandu kereta Perodua Myvi dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi.

Operasi ‘Op Tapis’ ini dijalankan berikutan mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan terbabit.

Tambahnya lagi, suspek dikatakan enggan memberi kerjasama selain bertindak agresif dengan merempuh kenderaan pasukan polis beberapa kali.

Selain itu, lelaki warga asing itu turut cuba melanggar anggota polis dengan merempuh dari bahagian hadapan kenderaan namun sempat dielak pasukannya.

Oleh sebab itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke tayar hadapan kiri dan kanan kenderaan tersebut bagi mempertahankan diri.

Dua paket dadah jenis syabu ditemui

Mengulas lanjut, suspek pada awalnya berjaya melarikan diri hanya mampu bergerak sejauh 120 meter sebelum ditahan pihak polis.

Selepas pemeriksaan dilakukan, pihaknya juga turut menjumpai dua paket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur krtistal dipercayai dadah jenis syabu.

Kata George, anggaran berat kasar keseluruhan rampasan dua paket dipercayai dadah jenis syabu itu adalah sebanyak 100 gram.

Walaubagaimanapun, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas