Connect with us

Oh! Media

Rakyat Dinasihat Patuhi MyCHAMPION Ketika Peralihan Endemik Jumaat Ini

mychampion

COVID-19

Rakyat Dinasihat Patuhi MyCHAMPION Ketika Peralihan Endemik Jumaat Ini

1 April 2022 (Jumaat) adalah tarikh peralihan endemik untuk negara kita, Malaysia. Keputusan ini diputuskan kerajaan selepas melihat penurunan kes dan keberkesanan program vaksinasi. Pada tarikh ini juga lebih banyak sektor ekonomi dibuka dan sempadan negara juga akan dibuka untuk pelancong luar.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan semua untuk memathui MyCHAMPION yang menitikberatkan pendidikan secara berterusan amalan norma baharu.

Pematuhan ini amat penting bagi memastikan umat Islam dalam menyambut kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri seperti biasa dalam keadaan selamat.

Perkara ini memerlukan komitmen MyCHAMPION dalam memastikan rakyat mematuhi SOP serta memberikan peringatan kepada anggota komuniti untuk mengamalkan TRIIS.

TRIIS adalah ujian pengesanan kendiri sekiranya bergejala, melaporkan keputusan ujian pengesanan kendiri sama ada positif, negatid atau tidak sah dalam aplikasi MySejahtera. Melakukan pengasingan diri jika positif Covid-19 dan patuh Perintah Pengawasan. – Jelasnya.

Noor Hisham turut memaklumkan KKM ketika ini bekerjasama dengan WHO untuk melaksanakan Kempen Champion Against Covid-19 yang bermula April ini.

MyCHAMPION ini akan memberikan segala bentuk maklumat yang tepat bagi menyediakan diri kita masuk ke fasa endemik.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas