Connect with us

Oh! Media

Guna Air Paip dan Air Longkang Boleh Positif? Ini Jawapan Doktor!

air paip

COVID-19

Guna Air Paip dan Air Longkang Boleh Positif? Ini Jawapan Doktor!

Kes yang mencanak naik sekarang ini dah buat ramai orang gelisah dan risau dengan keadaan semasa. Baru-baru ini, viral satu video dimana ada seorang hamba Allah menggunakan ujian kit dengan menggunakan air paip.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Letak Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Ini Dedah Risikonya

Apabila kes dah semakin tinggi, orang ramai mula mencari dan membeli kit ujian di setiap farmasi dan mana-mana kedai yang menjualnya sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keadaan diri dan keluarga sentiasa sihat.

Dapatkan kit ujian kendiri yang disarankan

air paip

Kesahihan kit ujian ini telah dipersoalkan apabila ada seorang pengguna media sosial membuat kit ujian itu dengan menggunakan air paip.

Keputusan pada ujian itu adalah positif dan membuatkan orang ramai cuak dan tertanya-tanya akan kesahihan kit ujian tersebut apabila guna air paip saja pun boleh beri keputusan yang positif.

Menerusi laporan Awani, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun telah menjawab persoalan netizen dan mengingatkan orang ramai untuk membeli kit ujian kendiri Covid-19 yang disarakan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan keputusan yang tepat dan sahih.

Menurutnya, hanya kit ujian kendiri Covid-19 yang asli dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil. Ini kerana, memang ada kit ujian kendiri yang tidak memberi keputusan yang sahih jika tidak mendapat kelulusan KKM.

Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri COVID-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang.

Jika menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.

Harga kit ujian kendiri COVID-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM.

Jadi, jika korang nak beli kit ujian kendiri Covid-19, pergi la cari yangdisarankan kerajaan di tempat yang sepatutnya. Jangan ambil jalan mudah dengan membeli kit ujian yang tidak pasti kesahihan dan keberkesanannya.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas