Connect with us

Oh! Media

Cikgu Wanita Pakai Baju Ketat Dan Singkat, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran

Trending

Cikgu Wanita Pakai Baju Ketat Dan Singkat, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran

Guru dianggap sebagai role model bagi pelajar-pelajar di sekolah disebabkan itu mereka perlu menunjukkan contoh yang baik dan boleh diikuti oleh anak murid.

ADVERTISEMENT

BACA : Murid Perempuan Darjah 6 Maki Cikgu Sebab ‘Homework’ Terlalu Banyak?

Namun, peredaran masa dan fesyen zaman kini sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan warga pendidik wanita terutamanya, sehinggakan ia dikatakan keterlaluan.

Bimbang dan prihatin dengan situasi berkenaan, Ustazah Asma’ Harun telah memberikan teguran dalam satu sesi ceramah bertajuk ‘Guru: Antara Kerjaya dan Keluarga’ baru-baru ini.

Menerusi TikTok, seorang pengguna telah berkongsi snippet rakaman ceramah itu berkaitan pemakaian guru-guru wanita pada zaman sekarang. Meminta maaf dahulu kerana memberikan teguran, ustazah Asma’ berkata baju yang dipakai guru wanita masa kini ketat, sendat dan juga tudung pun singkat.

Selain pakaian yang kurang sopan itu, ustazah Asma’ turut menegur guru wanita yang hadir ke sekolah dengan solekan yang tebal.

Dengan pakai ketat…sendat…Tudung singkat nampak jelas bahagian dada. Berjalan nampak bentuk pinggul.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi pemakaian sebegit sebenarnya menjatuhkan maruah guru wanita terbabit selain turut mengganggu pelajar lelaki yang sudah baligh.

@ummieyta Guru jadi contoh yang terbaik kepada anak²murid#islamitucantik #ceramahpendek #zikirharihari #contentmuhasabah #fyp #uatazahAsmah ♬ bunyi asal – Ummi Eyta

Perkongsian dan tegurannya mendapat pelbagai respon daripada warganet termasuklah golongan guru sendiri. 

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan ustazah Asma’ dan segelintir berpendapat sepertinya yang mencadangkan agar guru diberikan pakaian seragam.

Kredit: Kisah Dunia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas