Connect with us

Oh! Media

Murid Perempuan Darjah 6 Maki Cikgu Sebab ‘Homework’ Terlalu Banyak?

Trending

Murid Perempuan Darjah 6 Maki Cikgu Sebab ‘Homework’ Terlalu Banyak?

Di Facebook, seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadhli berkongsi screenshot mesej yang diluahkan seorang murid perempuan darjah 6 berkenaan kerja rumah yang diberikan guru.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mana-Mana Rancak” – Tak Reti Jawab Exam, Jawapan Pelajar Ini Buat Cikgu Termenung

Difahamkan, beliau menerima tangkap layar tersebut daripada seorang guru lain. Dalam mesej itu, murid menggunakan kata-kata kurang sopan memarahi guru kerana kerja rumah yang banyak.

Lebih menyedihkan apabila murid itu baru darjah 6 namun sudah tahu memaki hamun guru dengan bahasa kesat. Sebagai seorang guru, mestilah perasaan kasihan dan sedih itu timbul.

Terduduk seketika apabila baca mesej-mesej dari muridnya. Semua caci maki ini berlaku pada minggu lepas. Wahai anak anak, cikgu-cikgu tak kisah kalau korang tak sempat buat kerja sekolah yang diberi. Asalkan buat. Cuba dan usaha. Belajar bertanya.

Menurutnya lagi, guru-guru sudah tentu faham jika terdapat kekangan di rumah sehingga kerja sekolah tidak dapat disiapkan. Jika letih, cubalah untuk mencari ruang berehat bukannya ‘berkepit’ dengan telefon bimbit sepanjang masa.

Cikgu Fadhli turut menasihati ibu bapa supaya sesekali menyemak telefon bimbit anak untuk memastikan anak beradab dengan guru.

Malah, KPM juga disarankan untuk mempertimbangkan jadual waktu pembelajaran. Adalah lebih baik jika anak-anak berasa seronok untuk ke sekolah dan belajar.

Sebenarnya, murid murid ini dalam tekanan. Belajar, belajar dan belajar. Guru-guru pun tak boleh dipersalahkan. Sebab guru-guru ditekan oleh mereka yang di atas.

Mengakhiri perkongsian itu, Cikgu Fadhli memohon orang atasan supaya sedar bahawa terdapat pembunuhan jiwa sedang berlaku dalam kalangan murid dan guru kini.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Mohd Fadhli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas