Connect with us

Oh! Media

gisb

Oh! Tidak

CEO GISB Holdings Dan 21 Lagi Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali bersama isterinya, Datin Azura Md Yusof dan anak pengasas Al-Arqam, Adib At-Tamimi, antara 22 individu yang diheret ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan serius menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan. Jika disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengakuan direkodkan daripada 22 tertuduh.

IKLAN

Kes ini kemudian akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma). Perbicaraan dijadualkan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes.

Peguam mohon agar seorang tertuduh diberikan rawatan…

Semasa prosiding, peguam yang mewakili GISBH, Rosli Kamaruddin, memohon kepada Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Haron agar Datuk Nasiruddin dan tiga individu lain diberi masa 10 minit untuk menandatangani afidavit yang telah diluluskan.

Selain itu, beliau turut memohon agar seorang tertuduh wanita yang tidak sihat diberikan bantuan perubatan segera. Hakim Lailatul Zuraida membenarkan permohonan untuk tertuduh yang sakit mendapatkan bantuan perubatan.

Pasukan peguam yang mewakili kesemua 22 tertuduh ini termasuklah Zaim Rosli, Dorina Abdullah, Boestamam Ahmad dan M. Hafiz Zainal Abidin, manakala pihak pendakwa diketuai oleh Datuk Razali Che Ani bersama Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, dan Siti Hajar Mat Radzi.

Op Global: Rekod Tangkapan dan Mangsa…

Sejak Op Global dimulakan pada September lalu, pihak berkuasa telah menahan seramai 415 individu dan menyelamatkan 625 mangsa berusia antara dua bulan hingga 28 tahun.

Daripada jumlah tangkapan, 273 individu dibebaskan dengan jaminan, 37 dilepaskan tanpa syarat, manakala 35 masih dalam tahanan. Dua individu diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, dan seorang lagi diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran.

#OhmediaNasihat

Jenayah terancang bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika betul-betul terbabit, hukuman penjara panjang menanti.

Jadi, kita semua perlu sentiasa berjaga-jaga, pilih kawan dengan teliti dan jauhkan diri dari sebarang aktiviti yang boleh menjerat kita dalam masalah undang-undang. Pastikan sentiasa berada di jalan yang benar untuk masa depan yang cerah.

gisb

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: The Star


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas