Connect with us

Oh! Media

“Cabar Suami Try Susu Badan Sendiri” – Netizen Kecam Pasangan Ini Kejar Konten Demi View?

Ohmedia pam Susu

Oh! Tidak

“Cabar Suami Try Susu Badan Sendiri” – Netizen Kecam Pasangan Ini Kejar Konten Demi View?

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang content creator TikTok mencabar suaminya untuk mencuba susu badannya yang baru diperah.

Dalam video tersebut, dia dilihat sedang menggunakan pam susu sebelum menawarkan susu tersebut kepada suaminya.

Suami cabar isteri minum susu badan

Susu

Katanya, jika lulus cabaran dia akan menghadiahkan wang tunai RM100. Suaminya yang kelihatan agak ragu-ragu pada awalnya akhirnya mencuba susu tersebut sambil menunjukkan reaksi wajah yang mencuit hati.

IKLAN

Namun, tindakan pasangan ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menganggap ianya sekadar gurauan suami isteri, tetapi ramai juga yang mengecam mereka kerana terlalu terbuka dalam berkongsi perkara yang sepatutnya lebih peribadi.

“Sebelum nikah, lelaki pastikan kau ada iman” – Netizen

Pam Susu

Antara komen yang menarik perhatian ialah daripada seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa terhadap trend sebegini.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa batas dalam berkongsi kehidupan suami isteri di media sosial semakin kabur, terutamanya apabila melibatkan isu-isu sensitif seperti penyusuan badan.

Difahamkan video yang dikongsikan di TikTok itu sudah dipadam selepas ianya mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

#ApaKataOhmedia

Macam-macam hal pula content creator sekarang ni. Rasanya cabaran sebegini tidak sesuai kerana bertentangan dengan nilai kesopanan dalam Islam. Jadikan ini sebagai pengajaran ye semua!

Ohmedia pam Susu

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Hi Rule | Bangang Forever


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas