Connect with us

Oh! Media

Bukit Aman Tarik Tugas 2 Polis Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Di Sekatan

Trending

Bukit Aman Tarik Tugas 2 Polis Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Di Sekatan

Baru-baru ini tersebar di sosial media bila ada wanita yang melaporkan dirinya mengalami gangguan seksual oleh anggota polis sewaktu ditahan di sekatan jalan raya.

ADVERTISEMENT

Pemandu wanita itu juga dikatakan telah melakukan laporan polis dan pihak polis telah memulakan siasatan.

Setakat ini, Bukit Aman dikatakan telah menarik tugas serta merta dua anggota polis yang terbabit dalam gangguan seksual itu.

Pihak polis pada masa ini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas kejadian berkenaan dilaporkan oleh dua wanita terbabit termasuk sudah merakam kenyataan daripada mereka.

Dalam siasatan ini kami ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan proses siasatan ini dijalankan secara telus dan teliti. – Kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya.

Untuk menyiasat perkara ini, pihak polis perlu mencari saksi atau rakaman bagi mengesahkan dakwaan terbabit.

Apa-apapun jika korang alami perkara yang sama, pastikan buat laporan polis secepat mungkin. Akan tetapi, elakkan laporan palsu kerana ini bukan perkara main-main.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas