Connect with us

Oh! Media

“Budaknya Ramah, Manja” – Majikan Nak Pastikan Pemergian Mangsa Bakar Sungai Besar Terbela

Mangsa Bunuh Sungai Besar

Oh! Tidak

“Budaknya Ramah, Manja” – Majikan Nak Pastikan Pemergian Mangsa Bakar Sungai Besar Terbela

Di Sungai Besar, Selangor, seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya dengan cara yang paling kejam demi untuk menyembunyikan kehamilan luar nikah.

Mangsa yang sedang hamil 4 bulan dipukul sehingga pengsan sebelum ditikam di bahagian perut dan dibakar.

BACA: Mayat Dibakar Di Sungai Besar, Suspek Mengaku Bunuh Untuk Rahsiakan Hubungan Luar Nikah

IKLAN

Di TikTok, seorang individu dipercayai majikan tempat mangsa bekerja meluahkan rasa kehilangan. Mangsa disifatkan sebagai seorang yang peramah dan manja.

Sebagai majikan, beliau berjanji akan menuntut pembelaan buat mangsa yang dianggap seperti keluarga sendiri.

Mangsa Bakar Bunuh Sungai Besar
Mangsa Bakar

Kata majikan lagi, mangsa sangat rapat dengan dirinya termasuklah dengan ahli keluarga yang lain. Mereka sering meluangkan masa bersama dan anak-anak majikan turut menyenangi mangsa.

Abang suruh ko rehat sehari je dik api ko rehat selamanya. Ko tinggalkan seribu satu kenangan, pengalaman. Tak apala adik abang ko rehat la. Abang tau ko lelah menghadapi semua ni. Abg janji abg akan pastikan pemergian ko terbela.
Al-fatihah(dibaca)

Di ruangan komen perkongsian itu, lelaki ini berkata dia akan membantu siasatan pihak polis dengan memberi keterangan.

Al-fatihah buat mangsa, diharapkan ada pembelaan sewajarnya.

Kredit: TikTok @arms_eirham

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas