Connect with us

Oh! Media

Buat Kerja Tak ‘Clean’, Lelaki Kantoi Cuba Seludup Sebotol Air Ketum Ke Singapura

Ohmedia air Ketum

Oh! Tidak

Buat Kerja Tak ‘Clean’, Lelaki Kantoi Cuba Seludup Sebotol Air Ketum Ke Singapura

Lelaki Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas selepas cuba seludup jus ketum ke Singapura.

Seorang lelaki warga Malaysia ditahan oleh pegawai Pusat Pemeriksaan Tuas dipercayai kerana cuba menyeludup sebotol air ketum ke Singapura.

Dalam laporan Harian Metro, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura berkata kejadian itu berlaku pada 14 Oktober lalu.

Tiada barang nak diisytihar tapi rupanya ada air ketum dalam beg

Ketum
Sekadar gambar hiasan

Ketika kejadian, lelaki berusia 37 tahun itu menunggang motosikal untuk masuk ke Singapura. Ketika ditanya sama ada dia mempunyai barangan untuk diisytiharkan, lelaki itu dengan yakin menjawab ‘tiada’.

IKLAN

Namun, pemeriksaan terperinci membawa kepada penemuan sebotol cecair disyaki air ketum yang disembunyikan di dalam beg.

Lelaki berkenaan kemudian dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura untuk siasatan lanjut.

Ketum
Sekadar gambar hiasan

Untuk pengetahuan, di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura, bahan mengandungi mitragynine dan 7-hydroxymitragynine yang terdapat dalam daun ketum diklasifikasikan sebagai dadah terkawal Kelas A.

Jika disabitkan kesalahan mengimport bahan terlarang itu, pesalah boleh dikenakan hukuman minimum penjara lima tahun dan lima sebatan.

Pssttt! Nampaknya rakyat Malaysia yang nak ke Singapura kena lebih berhati-hati sebab undang-undang negara itu memang ketat bab dadah dan bahan terlarang. Kadang benda kecil macam sebotol minuman pun boleh bawa padah kalau mengandungi bahan yang salah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas