Connect with us

Oh! Media

Buat Aksi Drift Di Hatyai, Warga Malaysia Kena Bayar Ganti Rugi RM12,438

Trending

Buat Aksi Drift Di Hatyai, Warga Malaysia Kena Bayar Ganti Rugi RM12,438

Apa kes pula ni? Gara-gara buat aksi drift di Hatyai, seorang lelaki warga Malaysia terpaksa bayar ganti rugi hampir 100,000 baht kira kira RM12,438 kepada empat pemilik kenderaan di sana.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Didenda RM6 Ribu Akibat Beri Anjing Liar Makan

Ketika kejadian, pemandu berusia 32 tahun yang memandu kereta jenis BMW telah membuat aksi drift di tempat letak kereta di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai kira-kira jam 1 petang (waktu tempatan) pada 28 Oktober yang lalu.

Gambar hiasan

Memetik laporan daripada Awani, aksi yang dilakukannya itu telah menyebabkan sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada di tempat letak kereta berkenaan mengalami kerosakan termasuklah cermin pecah dan calar pada pada bahagian kenderaan masing-masing.

Pemandu tersebut yang tidak menyedari telah melakukan kerosakan pada kenderaan-kenderaan tersebut kemudiannya hanya beredar dari tempat kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai memaklumkan bahawa kesemua pemilik kenderaan yang terlibat dengan kerosakan itu telah tampil membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang semalam (Sabtu).

Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas.

Tambah Anuwat lagi, kedua-dua pihak telah pun bersetuju agar pemandu tersebut membayar ganti rugi bernilai 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan yang terkesan dengan tindakannya itu.

Lelaki warga Malaysia itu kemudiannya membuat permohonan maaf kerana tidak menyedari aksi driftnya telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas